Selasa, 15 November 2011

Matenatika Q

Klasifikasi segi tiga

Menurut panjang sisinya:
  • Segi tiga sama sisi adalah segi tiga yang ketiga sisinya sama panjang. Serta semua sudutnya juga sama besar, iaitu 60o.
  • Segi tiga sama kaki adalah segitiga yang dua dari tiga sisinya sama panjang. Segitiga ini memiliki dua sudut yang sama besar.
  • Segi tiga tak sama kaki adalah segitiga yang ketiga-tiga sisinya berbeza panjangnya. Besar semua sudutnya juga berbeza.
Equilateral Triangle Isosceles triangle Scalene triangle
Segitiga sama sisi Segitiga sama kaki Segitiga tak sama kaki
Menurut besar sudut terbesarnya:
  • Segi tiga bersudut tepat ialah segi tiga yang besar sudut terbesarnya sama dengan 90o. Sisi di depan sudut 90o disebut hipotenus.
  • Segi tiga bersudut tirus ialah segi tiga yang besar sudut terbesarnya < 90o
  • Segi tiga bersudut cakah ialah segi tiga yang besar sudut terbesarnya > 90o
Right triangle Obtuse triangle Acute triangle
Segi tiga bersudut tepat Segi tiga bersudut cakah Segi tiga bersudut tirus

[sunting] Lingkaran dalam dan luar segi tiga

Suatu lingkaran yang berada di dalam segi tiga serta menyinggung ketiga sisi segi tiga tersebut disebut lingkaran dalam segi tiga. Jari-jari lingkaran dalam segitiga bisa dicari dengan rumus:
r = \frac{L}{s}\, dimana r adalah jari-jari lingkaran dalam segi tiga, L adalah luas segi tiga dan s adalah setengah keliling segi tiga.
Suatu lingkaran yang berada di luar segi tiga serta keliling lingkaran tersebut menyinggung perpotongan tiga garis segi tiga disebut lingkaran luar segi tiga. Jari-jadi lingkaran luar segi tiga dapat dicari dengan rumus:
R = \frac{a.b.c}{4.L}\, di mana R adalah jari-jari lingkaran luar segitiga; a, b dan c adalah tiga sisi segitiga dan L adalah luas segi tiga.

[sunting] Mencari luas dan perimeter segi tiga

  • Luas = \frac{tapak.tinggi}{2}\,
  • Perimeter = sisi1 + sisi2 + sisi3\,
Teorem Heron

Teorem Heron biasanya digunakan untuk mencari luas daripada suatu segi tiga tak sama kaki. a, b dan c adalah ketiga-tiga sisi segi tiga.
  • s = \frac{1}{2} Perimeter = \frac{a+b+c}{2}\,
  • Luas = \sqrt{s(s-a)(s-b)(s-c)}\,
Segi tiga sama sisi

Untuk mencari luas dan perimeter segi tiga sama sisi yang bersisi a dapat digunakan rumus sebagai berikut:
  • Luas = \frac{a^2}{4} \sqrt{3}\,
  • Keliling = 3.a\,

[sunting] Teorem Pythagoras

Segi tiga bersudut tepat
Teorem Pythagoras hanya berlaku pada segi tiga bersudut tepat. Pythagoras menyatakan bahawa: c^2 = a^2 + b^2\,
Jika ada tiga buah bilangan a, b dan c yang memenuhi persamaan di atas, maka ketiga-tiga bilangan tersebut disebut sebagai Triple Pythagoras. Triple Pythagoras tersebut dapat dibangun menggunakan rumus berikut dengan memasukkan sebuah nilai n dengan n adalah bilangan bulat positif.


                                                                                           (Sumber:http://ms.wikipedia.org)

1 komentar: